Tuesday, November 20, 2012

KEMUDAHAN TAMBAHAN DI HOMESTAY

Untuk setiap bilik air, tetamu dibekalkan dengan sabun mandi.
Tetamu juga disediakan dengan serbuk teh dan gula sekiranya ingin membancuh air sendiri.

Untuk tetamu yang menginap lebih daripada sehari, tetamu dibekalkan dengan  2 helai tuala mandi di setiap bilik dan 4 helai tuala mandi di bilik utama.

Tetamu yang terlupa untuk membawa telekung - disediakan 2 pasang telekung untuk kegunaan tetamu perempuan. (setakat ini).
Untuk tetamu lelaki yang lupa membawa kain pelekat untuk sembahyang - disediakan 2 helai kain pelekat (setakat ini ) untuk tujuan sembahyang.

Friday, August 10, 2012

TARIKH-TARIKH YANG TELAH DITEMPAH DAN WAKTU CHECK INI DAN OUT.

Tarikh yang telah dibooking :30 0gos - 2 September
                                           14 September - 16 September 2012
                                           7 Oktober 2012.
                                           10 November 2012
                                           17 November 2012
                                           23 -25 November 2012
                                           30 November 2012 - 1 Disember 2012
                                           1 Disember 2012
                                           8 - 10 Februari 2013                                
Tarikh-tarikh lain masih dibuka untuk tempahan.
Waktu check in - 12.00 tengah hari
Waktu check out - 2.00 petang
Check out lewat dipertimbangkan sekiranya tiada tempahan lain.
Pemilik homestay akan confirmkan tempahan dua minggu dan seminggu sebelum tarikh masuk untuk menerima tempahan baru sekiranya tuan/puan membatalkan tempahan.
Walk in juga diterima sekiranya ada kekosongan di homestay
Tiada deposit tetapi tetamu perlu membayar sewa penuh pada hari check in
Terima kasih.

ROSIE HASIE'S HOMESTAY, SEREMBAN, N.SEMBILAN

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....ahlan wah sahlan....Selamat datang ke blog Rosie Hasie's Homestay, Seremban, Negeri Sembilan. Lokasi kami di Taman Pinggiran Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Gembira bertemu tuan/puan. Semoga tuan/puan berasa gembira melayari blog ini. Maklumat lanjut tentang kami tertera pada penghujung blog ini. Terima kasih....

ROSIE HASIE'S HOMESTAY, SEREMBAN, N.SEMBILAN

Homestay ini merupakan rumah teres dua tingkat dengan keluasan 22' x 75'.





TINGKAT ATAS ROSIE HASIE'S HOMESTAY, SEREMBAN, N.SEMBILAN

Tingkat atas homestay ini terdapat 3 bilik tidur iaitu - Bilik tidur ketiga, bilik tidur kedua dan bilik tidur utama. Ketiga-tiga bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin. 2 buah katil single di tempatkan di setiap bilik tidur kedua dan ketiga.Manakala 2 buah katil queen ditempatkan di bilik tidur utama. Bilik tidur kedua dan ketiga berkongsi bilik air.  Bilik tidur utama terdapat attached bathroom...
2 biji  bantal disediakan untuk setiap katil single manakala untuk katil queen, kami menyediakan 4 biji bantal untuk setiap katil tersebut.
Terdapat kitab suci al-Quran di bilik utama dan bilik ketiga dan surah Yassin di setiap bilik dan di ruang makan serta ruang tamu.
Kami juga menempatkan sejadah di setiap bilik






RUANG TAMU ROSIE HASIE'S HOMESTAY, SEREMBAN, N.SEMBILAN




Di ruang tamu terdapat set sofa rotan dan sebuah telivisyen dengan siaran asas untuk kemudahan tetamu homestay....

RUANG MAKAN ROSIE HASIE'S HOMESTAY, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Ruang makan dilengkapi dengan meja Jepun bersaiz sederhana dan berkipas siling. Di ruang ini juga terdapat meja kerja sederhana besar dan sebuah kerusi plastik.Pada ruang ini juga ditempatkan sebuah komputer meja berperisian asas sekiranya tetamu ingin menggunakannya...